Melibatkan bidang pertanian perladangan jenis tanaman komoditi iaitu kelapa sawit. Di dalam aspek perladangan pula kajian yang dibuat adalah aspek penyelenggaraan pokok sahaja. Jika dilihat pula dari aspek penyelenggaraan ini ianya hanya fokus kepada penyelenggaraan pokok yang melibatkan hasil tanaman atau produktiviti. Di dalam menjalankan kajian yang lebih terperinci, kajian memerlukan satu kawasan kajian untuk dirujuk. Oleh yang demikian, kajian telah memilih kawasan ladang sebagai kawasan kajian. Lokasi kawasan kajian di Ladang Sawit PPPTR, yang terletak di Jerantut, Pahang. Setelah merujuk kepada pembacaan dan temu ramah penentuan lima aspek penyelenggaraan penting untuk dikaji adalah seperti berikut:
i.                   Aspek penuaian Aspek penuaian ini akan dimasukkan data bilangan fresh fruit bunches (FFB) mengikut nama-nama pekerja yang terlibat di dalam penuaian.
ii.                 Apek pembajaan Aspek pembajaan pula akan merekodkan jenis baja yang digunakan, bilangan beg baja yang diambil dari stor dan pengekodan beg baja yang kosong yang telah digunakan perlu di catatkan.
iii.              Aspek Pencantasan Aspek pencantasan ini hanya merekodkan kawasan yang telah dicantas. Kerja pencantasan ini dilakukan oleh pekerja yang sama untuk penuaian. Pengekodan atau laporan dibuat oleh mandur yang sama bagi kerja penuaian.
iv.              Aspek Merumput Aspek Merumput atau meracun rumput, pula perlu merekodkan kerjakerja dibuat di kawasan blok yang terlibat, jenis racun yang digunakan dan teknik yang digunakan juga perlu direkodkan.
v.                 Aspek kawalan haiwan perosak atau penyakit Bagi aspek kawalan haiwan perosak atau penyakit ini, perlu dicatatkan jenis haiwan perosak yang menyerang dan teknik kawalan yang dibuat juga dicatatkan.

Jenis bahan kimia yang digunakan juga perlu dicatatkan mengikut kawasan blok yang terlibat. Keseluruhan sistem yang dibangunkan akan mempunyai dua output yang cukup penting iaitu laporan harian kerja penyelenggaraan pokok dan Laporan bulanan kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dibuat. Pembangunan GIS di dalam sistem ini akan ditambahbaikkan pada masa akan datang dengan menambah beberapa aspek seperti :
i.                   Guna tanah dan kod warna tagging

ii.                  ii. Sokongan maklumat teks dan gambar

0 comments:

Post a Comment