Monday, 9 March 2015

MORFOLOGI KELAPA SAWIT

Posted by Ladang Sawit_JERANTUT On 06:51 | No comments
Morfologi kelapa sawit adalah sebagai berikut:
1. Akar
Tanaman kelapa sawit memiliki jenis akar serabut. Akar utama akan membentuk akar sekunder, tertier dan kuartener.
2. Batang
Batang kelapa sawit berbentuk silinder dengan diameter sekitar 20–75 cm. Tinggi batang bertambah sekitar 45 cm per tahun. Dalam keadaan lingkungan yang sesuai pertambahan tinggi dapat mencapai 100 cm per tahun.
3. Daun
Susunan daun kelapa sawit membentuk susunan daun majmuk. Susunan ini menyerupai susunan daun pada tanaman kelapa. Panjang pelepah daun sekitar 7,5–9 m. Jumlah anak daun pada setiap pelepah berkisar antara 250–400 helai. Pengeluaran pelepah daun selama satu tahun mencapai 20–30 pelepah.
4. Bunga
Tanaman kelapa sawit merupakan tanaman tunggal. Rangkaian bunga jantan terpisah dengan rangkaian bunga betina. Umumnya tanaman kelapa sawit melakukan penyebaran silang.
5. Buah
Buah terkumpul di dalam tandan. Dalam satu tandan terdapat sekitar 1.600 buah. Tanaman normal akan menghasilkan 20–22 tandan per tahun. Jumlah tandan buah pada tanaman tua sekitar 12–14 tandan per tahun. Berat setiap tandan sekitar 25–35 kg.
Secara anatomi buah kelapa sawit tersusun dari:
a. Perikarpa atau daging buah. Perikarpa terdiri dari:
Mesokarp, Iaitu kulit luar buah yang keras dan licin.
Mesokarp, Iaitu bagian daging buah yang berserabut. Mesokarp merupakan bahagian yang mengandungi minyak dengan kandungan paling tinggi.
b. Biji yang tersusun dari :
Endokarp (tempurung) yang merupakan lapisan keras dan berwarna hitam.
Endosperm (kernel) yang berwarna putih. Kernel akan menghasilkan minyak inti atau kernel minyak sawit.

0 comments:

Post a Comment