Tuesday, 10 March 2015
MPOB
Posted by Ladang Sawit_JERANTUT
On 06:48
| No comments
Penanaman kelapa sawit di
Malaysia telah diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk membasmi kemiskinan
dalam kalangan penduduk luar bandar. Pada tahun 1960-an, Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA) telah membuka tanah-tanah baru untuk diteroka dan dijadikan
ladang kelapa sawit. Pembangunan dalam industri kelapa sawit amat
memberangsangkan dengan penekanan diberikan kepada penyelidikan bagi
menghasilkan kaedah baru dalam teknologi penanaman, penghasilan benih yang
berkualiti dan penghasilan produk-produk baru berasaskan kelapa sawit. Kerajaan
telah menubuhkan beberapa agensi yang bertanggungjawab ke atas perkara
berkaitan tanaman sawit ini. Jabatan Pertanian Malaysia yang ditubuhkan pada
tahun 1912, ditugaskan untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah
digariskan oleh kerajaan.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pula
ditubuhkan untuk mengkordinasi pembukaan tanah-tanah baru manakala Institut
Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pula berfungsi untuk memberi
tumpuan yang lebih besar dalam usaha-usaha pembangunan dan penyelidikan
(R&D) seterusnya meningkatkan pengeluaran. Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB) pula memainkan peranan penting dalam usaha mempromosi dan memperkenalkan
faedah dan penggunaan minyak kelapa sawit di mata dunia.
Sebagai pengeksport minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia,
Malaysia pastinya memiliki formula kejayaan tersendiri untuk memperbanyakkan
hasil menerusi usaha pembiakbakaan yang efektif. Dengan memperkenalkan program
pembiakbakaan sawit, peningkatan hasil minyak sawit, kualiti minyak dan kadar ketinggian pokok dikaji dan kajian terhadap daya
tahan perosak dan penyakit juga dilakukan.
Sedikit statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit
Malaysia tentang tanaman kelapa sawit di Malaysia menunjukkan:-
- Terdapat seluas 4,853,766 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2010 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975.
- Bilangan ladang kelapa sawit pula mencatat angka 4,370 pada tahun 2010 berbanding 690 pada tahun 1975.
- Pada tahun 2011, sebanyak 18.91 juta tan minyak sawit mentah telah dihasilkan, iaitu 11.3% lebih tinggi jika dibandingkan dengan pengeluaran pada tahun 2010.
- Negara tembok besar China merupakan negara pengimport utama minyak sawit mentah negara kita. Pada tahun 2010, kadar eksport ke negara China adalah sebanyak 11.37 juta tan atau 68.2% daripada eksport minyak sawit Malaysia untuk tahun 2010.
Jika dilihat ketika berlakunya krisis kewangan dunia pada tahun
1997/1998, industri sawit telah mampu menyelamatkan ekonomi negara. Pada ketika
itu, industri sawit telah dapat kekal berdaya saing dan telah memainkan peranan
sebagai penyelamat ekonomi negara. Permintaan terhadap minyak sawit mentah dan
produk berkaitannya terus kukuh walaupun keadaan ekonomi pada ketika itu tidak
stabil.
Kemampuan negara dalam memenuhi kehendak pasaran dunia juga amat
bergantung kepada produktiviti pengusaha ladang kelapa sawit yang mana
kebanyakannya adalah pekebun kecil atau peneroka. Walau bagaimanapun,
produktiviti sawit bergantung kepada usia tanaman itu. Bagi memastikan
keberkesanan dalam pengeluaran hasil yang lebih tinggi, peneroka ladang kelapa
sawit telah disarankan supaya melakukan penanaman semula ke atas pokok-pokok
sawit yang sudah berusia lebih 20 tahun.
Siapa sangka 80% daripada minyak sawit yang dihasilkan di Malaysia
digunakan sebagai produk makanan manakala selebihnya digunakan dalam pembuatan
produk makanan. Terdapat 3 bahan utama yang dihasilkan daripada buah kelapa
sawit yang telah diproses di kilang. Bahan-bahan itu ialah:-
- Isirung kelapa sawit – Digunakan sebagai bahan makanan untuk ternakan. Setelah diproses ia juga boleh dijadikan bahan serbuk pencuci dan asid lemak.
- Minyak isirung kelapa sawit – Terlalu banyak kegunaan minyak isirung kelapa sawit antaranya seperti diproses untuk membuat marjerin, lemak makanan dan aiskrim. Penggunaan minyak isirung kelapa sawit dalam pembuatan aiskrim menjadikan ia lebih lembut dan gebu, serta tidak mudah rosak. Ia juga boleh diproses untuk dijadikan bahan sabun pencuci, asid lemak, bahan untuk alat solek, minyak gris, minyak pelincir, lilin dan ubat-ubatan.
- Minyak sawit mentah – Paling sesuai untuk membuat makanan seperti marjerin dan lelemak makanan. Adunan minyak sawit dan minyak isirung sawit juga telah terbukti dapat menghasilkan produk krimer bukan berasaskan tenusu. Produk krimer berasaskan minyak sawit terbukti dapat bertahan lebih lama malahan rasanya lebih enak! Jangan tak percaya minyak sawit mentah juga boleh diproses untuk dijadikan serbuk santan kelapa. Serbuk santan ini lebih berkhasiat kerana ia mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Rasanya juga lebih sedap dan tidak mudah basi.
Walaupun Malaysia sudah tercatat sebagai negara pengeluar utama
minyak sawit dunia, tetapi tidak semestinya gelaran itu akan kekal bersama kita
selama-lamanya. Ternyata terdapat banyak halangan yang perlu dihadapi oleh
negara untuk terus kekal sebagai peneraju dalam pengeluaran minyak sawit dunia. Permintaan
dunia terhadap minyak sawit mentah adalah tidak stabil menyebabkan harganya turun naik. Sekatan tarif dan bukan tarif
yang bertujuan untuk mengehadkan penembusan pasaran tempatan, seperti yang
dilakukan oleh Kesatuan Eropah, memberi impak kepada harga pasaran minyak sawit.
Seperti yang diketahui umum, Malaysia bukanlah satu-satunya
negara pengeluar minyak sawit dunia, malah negara-negara di selatan Amerika dan
benua Afrika turut menanam pokok kelapa sawit untuk mendapatkan minyaknya. Oleh
itu, Malaysia terpaksa bersaing dengan negara-negara pengeksport minyak sawit.
Negara pengimport pula berpeluang untuk membuat pilihan dan memilih negara yang
menawarkan kualiti minyak yang terbaik untuk menjadi pembekal minyak sawit ke
negara mereka.
Pada hujung
abad ke-20, kumpulan penyokong alam sekitar dan pengguna di Eropah dan Amerika
Syarikat telah melancarkan kempen anti minyak sawit. Kempen ini dilancarkan oleh kumpulan ini atas dakwaan
bahawa lemak tepu minyak sawit meningkatkan paras kolesterol darah seterusnya
menjadi salah satu punca penyakit jantung. Minyak sawit juga didakwa sebagai
salah satu ejen penyakit kanser. Kumpulan ini kemudiannya mencadangkan
alternatif untuk menukar penggunaan minyak kelapa sawit kepada minyak kacang
soya dan bunga matahari. Kumpulan
penyokong alam sekitar ini juga mendakwa penebangan hutan bagi tanaman sawit
mencabul hak asasi manusia di samping memusnahkan habitat orang utan.
Namun
begitu, dengan berbekalkan bukti-bukti kukuh yang diperoleh daripada
penyelidikan yang dijalankan oleh PORIM, negara kita mampu menangkis serangan
berkenaan. Kesan buruk kempen yang dijalankan oleh negara-negara pengeluar
minyak sayuran tersebut tidak menjejaskan pasaran dan permintaan daripada
negara-negara pengeksport minyak sawit yang sudah lama berdagang dengan negara
kita.
Kenaikan dalam kos pengeluaran, bahan api dan upah menyebabkan kos pengeluaran minyak ini menjadi semakin meningkat.
Malaysia juga menghadapi masalah kekurangan kilang
pemprosesan. Buah-buah kelapa sawit ini
terpaksa dihantar ke kilang yang paling dekat, menyebabkan mutu minyaknya
berkurangan kerana buahnya lambat diproses. Ladang-ladang juga mengalami
masalah kekurangan tenaga pekerja
tempatan, dan masih banyak bergantung kepada buruh asing bagi kerja-kerja
penuaian, penjagaan am dan penyelenggaraan ladang kelapa sawit. Pekerja
tempatan kurang berminat untuk bekerja di ladang kelapa sawit atas sebab kos
upah yang murah dan kerja yang memenatkan.
Selain itu,
Malaysia juga menghadapi masalah tanah yang terhad untuk penanaman kelapa sawit dan hanya
bergantung kepada kawasan perladangan sawit yang sedia ada.
Ladang kelapa
sawit juga tidak terlepas daripada serangan serangga seperti kumbang badak dan penyakit
ganoderma yang menjadi ancaman kepada industri. Serangan secara besar-besaran mampu menggugat pengeluaran
minyak sawit kerana pokok kelapa sawit yang diserang musnah sama sekali. Di
samping itu, faktor cuaca juga turut
memainkan peranan penting dalam menentukan pengeluaran minyak sawit. Cuaca
panas dan kemarau serta berjerebu akan turut mendatangkan kesan buruk kepada
pokok kelapa sawit.
SEJARAH PERKEMBANGAN INDUSTRI SAWIT
Posted by Ladang Sawit_JERANTUT
On 06:36
| No comments
Ia bermula dengan Ca’da
Mosto memperkenalkan kelapa sawit pada tahun 1435-1460. Terdapat cubaan untuk
menanam kelapa sawit di India dan Kepulauan Maurutius pada tahun 1836. Pada
tahun 1870 benih Deli Dura dibawa ke Asia Tenggara dan ditanam di Taman Botani
Singapura. Pada tahun 1890 minyak kelapa sawit mula digunakan untuk membuat
margarine. Lord Leverholme memperkenalkan milling dan pemprosesan minyak kelapa
sawit. Tahun berikutnya kilang pemprosesan minyak kelapa sawit dibina di
Belgium, Congo.
Pada tahun 1848 orang Belanda
membawa kelapa sawit ke Indonesia yang kemudiannya ke Singapura dan Tanah
Melayu. Kelapa sawit datang ke Tanah Melayu melalui Taman Botani Singapura
sebagai Tanaman Hias. M.A.Hallet menanam pokok kelapa sawit Deli untuk pengeluaran
komersial di Sumatera. Kemudian M. H. Fauconnire menanam pokok kelapa
sawit Deli di Rantau Panjang, Selangor. Pada tahun 1917 bermulalah penanaman
kelapa sawit secara komersial di Estet Tannamaran, Kuala Selagor. Seterusnya di
Estet Elmina, Kuala Selangor.
Industri sawit Malaysia dan
Indonesia bermula apabila empat anak benih dari Afika ditanam diTanaman Botani
Bogor, Indonesia pada tahun 1848. Benihnya dari Bogor ini kemudiannya ditanam
di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di Deli, Sumatera pada dekad 1870-an
dan di Rantau Panjang, Kuala Selagor pada tahun 1991-1912.
Di Taman Botani Bogor terdapat
pohon kelapa sawit yang tertua di Asia Tenggara yang berasal dari Afrika. Taman
botani ini yang seluas 87 hektare dibina pada tahun 1817, dan merupakan usaha
Prof. Dr. Reinwadt,ahli botani Belanda. Terdapat 20,000 tanaman di sini yang
tergolong dalam 6,000 spesies.
Industri sawit Malaysia
bermula pada tahun 1917 apabila Ladang Tenmaran di Kuala Selagor ditanam dengan
benih dura Deli dari Rantau Panjang. Apabila pewarisan bentuk buah difahami,
penanaman komersil beralih daripada bahan dura kepada kacukan dura x pisifera
(D x P). Kacukan D x P menghasilkan buah tenera. Penanaman ladang yang
menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak pada awal dekad 1960-an apabila
Felda membuka tanah rancangan secara besar-besaran.
Monday, 9 March 2015
MORFOLOGI KELAPA SAWIT
Posted by Ladang Sawit_JERANTUT
On 06:51
| No comments
1. Akar
Tanaman kelapa sawit memiliki jenis akar serabut. Akar utama akan membentuk akar sekunder, tertier dan kuartener.
Tanaman kelapa sawit memiliki jenis akar serabut. Akar utama akan membentuk akar sekunder, tertier dan kuartener.
2. Batang
Batang kelapa sawit berbentuk silinder dengan diameter sekitar 20–75 cm. Tinggi batang bertambah sekitar 45 cm per tahun. Dalam keadaan lingkungan yang sesuai pertambahan tinggi dapat mencapai 100 cm per tahun.
Batang kelapa sawit berbentuk silinder dengan diameter sekitar 20–75 cm. Tinggi batang bertambah sekitar 45 cm per tahun. Dalam keadaan lingkungan yang sesuai pertambahan tinggi dapat mencapai 100 cm per tahun.
3. Daun
Susunan daun kelapa sawit membentuk susunan daun majmuk. Susunan ini
menyerupai susunan daun pada tanaman kelapa. Panjang pelepah daun sekitar 7,5–9
m. Jumlah anak daun pada setiap pelepah berkisar antara 250–400 helai. Pengeluaran pelepah daun selama satu tahun mencapai 20–30 pelepah.
4. Bunga
Tanaman kelapa sawit merupakan tanaman tunggal. Rangkaian bunga jantan terpisah dengan rangkaian bunga betina. Umumnya tanaman kelapa sawit melakukan penyebaran silang.
Tanaman kelapa sawit merupakan tanaman tunggal. Rangkaian bunga jantan terpisah dengan rangkaian bunga betina. Umumnya tanaman kelapa sawit melakukan penyebaran silang.
5. Buah
Buah terkumpul di dalam tandan. Dalam satu tandan terdapat sekitar 1.600 buah. Tanaman normal akan menghasilkan 20–22 tandan per tahun. Jumlah tandan buah pada tanaman tua sekitar 12–14 tandan per tahun. Berat setiap tandan sekitar 25–35 kg.
Buah terkumpul di dalam tandan. Dalam satu tandan terdapat sekitar 1.600 buah. Tanaman normal akan menghasilkan 20–22 tandan per tahun. Jumlah tandan buah pada tanaman tua sekitar 12–14 tandan per tahun. Berat setiap tandan sekitar 25–35 kg.
Secara anatomi buah kelapa
sawit tersusun dari:
a. Perikarpa atau daging buah. Perikarpa terdiri dari:
Mesokarp, Iaitu kulit luar buah yang keras dan licin.
Mesokarp, Iaitu bagian daging buah yang berserabut. Mesokarp merupakan bahagian
yang mengandungi minyak dengan kandungan paling tinggi.
b. Biji yang tersusun dari :
Endokarp (tempurung) yang merupakan lapisan keras dan berwarna hitam.
Endosperm (kernel) yang berwarna putih. Kernel akan menghasilkan minyak inti atau kernel minyak sawit.
Endokarp (tempurung) yang merupakan lapisan keras dan berwarna hitam.
Endosperm (kernel) yang berwarna putih. Kernel akan menghasilkan minyak inti atau kernel minyak sawit.
Subscribe to:
Posts (Atom)